Sistem e-Perumahan
Kalendar Aktiviti
Hubungi Kami
Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tkt 4 – 9 Menara DBKL III,
Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : +06 03-26176066
Faks : +06 03-26983722
Email: jpppk [at] dbkl.gov.my
Selamat Datang Ke Portal JPKKB
PERUMAHAN BANDAR (MICRO HOUSING)
PERUMAHAN BANDAR (MICRO HOUSING) DI PREMIS 54 DAN 56, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR
![]() Isu peningkatan harga rumah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah antara masalah yang paling menyulitkan rakyat, terutamanya kepada warga kota untuk memiliki kediaman atau untuk menyewa dengan harga yang berpatutan. Antara golongan yang paling terbeban dengan masalah ini ialah generasi muda yang baru memulakan kehidupan di Kuala Lumpur. Bagi meringankan masalah ini maka DBKL telah mewujudkan perumahan bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.
Setiap unit kediaman dengan keluasan 7.2 meter persegi akan disediakan dengan kemudahan asas, iaitu sebuah katil dan almari. Walau bagaimanapun, para penyewa boleh menambah apa-apa keperluan yang dibenarkan seperti di dalam syarat-syarat sewaan seperti meja, kerusi atau rak yang bersaiz kecil.
![]() Untuk makluman, tarikh permohonan penyewaan Perumahan Bandar telah dibuka mulai 20 Ogos 2019. Permohonan bagi penyewaan Perumahan Bandar ini boleh dibuat melalui laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:
Konsep pelaksanaan sewaan bilik bagi Perumahan Bandar adalah kemudahan penyewaan bilik kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan bekerja di mana sewaan bilik adalah secara berkongsi, iaitu 1 bilik yang melibatkan 4 katil atau 1 bilik yang melibatkan 6 katil. Tempoh Penyewaan ialah 12 bulan (minimum) dan 18 bulan (maksimum). Kadar sewaan yang dikenakan ialah RM 100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa diambil untuk dua (2) bulan. |
JOM BAYAR melalui JomPAY
Bayaran Sewaan Perumahan, Bil Air Dan Yuran Perkhidmatan PA/PPR DBKL Secara Atas Talian (Online) Melalui JomPAYDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin memaklumkan kepada semua warga kota bahawa bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL boleh dibuat secara atas talian (online) melalui saluran pembayaran JomPAY bermula 21hb Disember 2018. Ketiga-tiga jenis terimaan bayaran ini merupakan tambahan kepada jenis terimaan bayaran DBKL yang boleh dibuat melalui JomPAY selain terimaan bayaran cukai taksiran dan notis kesalahan trafik yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Melalui saluran pembayaran JomPAY, penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota boleh membuat pembayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL secara online melalui mana-mana 40 institusi perbankan di Malaysia. Penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota yang ingin membuat bayaran melalui JomPAY perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Penyediaan perkhidmatan bayaran secara online melalui JomPAY ini merupakan penambahbaikan dalam sistem terimaan bayaran DBKL. DBKL mengharapkan perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota untuk terus menjelaskan bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter bayaran DBKL. Penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota boleh hadir ke Kaunter Perkhidmatan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Tingkat Bawah, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah atau hubungi di talian 03-26176154 atau emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan JomPAY ini. |
Makluman
- ON-LINE
- KEMASKINI
- ADUAN
- OPS KUNCI AIR
- PINDAAN
- AGEN
Khidmat online JPPPK disediakan bagi:
- 1. Membayar sewa PA/PPR melalui Maybank2u.
- 2. Mendaftar rumah sewa, rumah jual & unit kedai.
- 3. Muat turun borang-borang :
|Borang Permohonan Menyewa Rumah PA/PPR | Borang Sewaan Kedai PA/PPR | Borang eKasih|
* Klik menu muat turun di atas - 4. Membuat semakan :
|Penyewaan Rumah | Pembelian Rumah | Status Aduan | Tunggakan Sewa | - * Pilih jenis semakan dan masukkan nombor kad pengenalan bagi tujuan semakan diatas di sini.
Permohonan pendaftaran PA/PPR DBKL yang melebihi 5 tahun diminta mengemaskini maklumat permohonan di kaunter perkhidmatan. Sila kemukakan maklumat terkini seperti penyata gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan, kad pengenalan anak-anak/ tanggungan yang kurang dari 23 tahun dan lain-lain maklumat berkaitan yang telah disahkan. Usaha ini digerakkan agar jabatan mempunyai maklumat yang terkini bagi pemohon-pemohon PA/PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berikut di PA/PPR DBKL
- Penghuni Tanpa Izin (PTI),
- Kes Tidak Menetap
- Penghuni Warga Asing
- Sewa Atas Sewa
Sila hubungi talian bebas tol DBKL 1-800-88-3255/ 03-2617 6071/ 03-2617 6079. Tindakan Penguatkuasaan Rampas Unit akan di laksanakan bagi penyewa yang melanggar syarat perjanjian penyewaan.
- Penerima bil tunggakan notis untuk mengunci bekalan air perlu membayar 30% dari bil terkini.
- Unit yang telah dikunci bekalan air perlu membayar 50% daripada bil terkini + RM30 denda lewat.
- Penerima bil yang bernilai RM3000 ke atas akan didakwa di mahkamah.
Pihak Pentadbiran DBKL telah meluluskan pindaan kadar kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemilikan dan penyewaan unit rumah PA/PPR dari RM 2,500 kebawah kepada RM 3,000 ke bawah manakala kos sederhana adalah dari dari RM 3,500 kebawah kepada RM 4,000 ke bawah. Pindaan baru berkuatkuasa mulai 13 Disember 2016. Harap maklum.
DBKL tidak melantik mana-mana individu atau orang tengah (agen) untuk perkhidmatan permohonan dan pendaftaran serta apa jua urusan berkaitan penyewaan dan pembelian unit PA/PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. | ![]() |
PA/PPR Di Akhbar
Buletin Perumahan
Untuk Melihat Buletin Perumahan sila klik disini